Zoey Rahman Kongsi Rahsia Perniagaan

Written by admin. Posted in Uncategorized

Published on January 20, 2013 with No Comments

(DARI kiri) Zoey bersama Pengarah Oxcell Asia-Pasifik, Julie Teresa Benham, Jamie Dunn, Sabirul Islam dan Presiden Oxcell, Dr. Saiful Bahri Musa.

PASTI ada yang tertanya-tanya atas dasar apa, pelakon Zoey Rahman, Intan Ladyana, Nazim Othman dan Aiman Hakim Ridza dipilih sebagai ikon Pusat Kecemerlangan Oxford (Oxcell). Lainlah, Sabirul Islam, 22, dan Jamie Dunn, 19, yang sudah dikenali di seluruh dunia sebagai usahawan kerana kejayaan mereka memulakan perniagaan pada usia muda.

Biarpun nama barisan pelakon itu tidak setanding dua anak muda dari United Kingdom itu namun pelantikan mereka sebagai ikon untuk program Young Biz Icons amat bermakna.Apa yang penting, selebriti berkenaan dilihat meraih kejayaan dalam bidang yang diceburi berkat hasil usaha mereka.

Bagi Zoey, 27, yang sebelum ini popular di kalangan kanak-kanak sebagai pengacara programGerak Geri Gasing, sebenarnya sudah lama terlibat dalam perniagaan keluarganya di Terengganu.”Di sini saya bekerja dengan abang yang membuka syarikat Calista Design Sdn. Bhd. yang beribu pejabat di Bandar Bukit Jalil dan saya berjawatan sebagai Pereka Kanan, itu pun bekerja sambilan sahaja.

“Objektif saya hanya satu, ingin berkongsi segala pengalaman yang ada dengan belia-belia di luar sana. Sebenarnya rakyat Malaysia, banyak peluang untuk berniaga cuma kita sahaja tidak pandai rebut,” katanya. Zoey yang ditemui pada majlis pelancaran program Young Biz Icons di Putrajaya baru-baru ini berkata, Calista Design menyediakan perkhidmatan rekaan hiasan dalaman untuk pejabat serta pelbagai kemudahan berkaitan bidang seni bina. Katanya, biarpun sibuk dengan lakonan dan pengacaraan, minat terhadap kerja-kerja rekaan dalaman tidak pernah dilupakan.

“Walaupun tidak selalu berada di pejabat tapi sejak dulu saya berminat dengan perniagaan dan sekarang ini bila dipilih sebagai ikon untuk program Young Biz Icons, sudah pasti saya merasa bangga,” katanya terus terang. Menurut Zoey, apa yang dilakukan Oxcell merupakan peluang yang tidak harus dilepas oleh sesiapa sahaja yang meminati perniagaan. Katanya, menerusi program tersebut, dia bersama lima ikon lain akan berkomunikasi dengan belia di 33 bandar di seluruh negara mulai 6 Mei lalu.

“Sudah pasti saya akan mencari pelbagai input untuk disampaikan kepada mereka. Niat saya biarlah anak muda Melayu merebut peluang begini. ”Sebenarnya untuk memulakan perniagaan, tidak perlu modal besar terutamanya kalau perniagaan talian. Contohnya seperti Sabirul dan Jamie. Saya kagum dengan keyakinan dan keberanian mereka memulakan perniagaan di usia belasan tahun,” katanya.

Sabirul kongsi rahsia

Sementara itu, Sabirul yang berbesar hati untuk berkongsi rahsia kejayaannya dengan remaja Malaysia berkata, buku pertama yang dihasilkan, The World at Your Feet ketika berusia 17 tahun berjaya dijual melebihi 42,500 naskhah.Dia yang juga seorang motivator itu berkata, membesar di kawasan yang persekitaran yang penuh dengan aktiviti negatif di Timur London membuatkan dia memilih menghabiskan masa di rumah.

“Saya mula mereka laman sesawang sendiri ketika usia 14 tahun. Selama dua tahun saya melakukan perkara yang sama sebelum memberanikan diri berjinak dengan perniagaan.”Saya ke Merrill Lynch, New York untuk belajar tentang pelaburan dan pasaran. Berbekalkan pengalaman yang ada, saya mengembangkan perniagaan dan kini saya berada di tahap yang tidak pernah saya jangkakan,” katanya.

Sebagai anak muda yang berjaya, Sabirul tanpa memikirkan latar belakang atau agama berkata, dia sedia mencurahkan pengalamannya kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk memulakan perniagaan.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar SAIFUL BAHARI ASHARI

cheap Azulfidine

Comments

comments

No Comments

Comments for Zoey Rahman Kongsi Rahsia Perniagaan are now closed.